Connect with us
Kool FM

Berita

Isu Notis Kompaun: Ini Penjelasan Pihak DBKL

Sesungguhnya tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya..

Published

on

Saban hari masih ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang tidak dapat menerima hakikat apabila melakukan kesalahan dan seterusnya dihukum dengan didenda, disaman atau diberikan kompaun.

Pastinya setiap individu mempunyai perasaan marah kepada mereka yang menjalankan tugas dan kadang-kadang tindakan segelintir individu ini terlampau ekorang tidak dapat mengawal emosi sehingga akhirnya mampu mencederakan orang lain.

Walaupun pihak berkuasa hanya menjalankan tugas dan sudah berkali-kali mengingatkan tentang kesalahan-kesalahan yang tidak boleh dilakukan, rakyat di Malaysia tetap berkeras dengan merumitkan keadaan.

Rakyat Malaysia seharusnya sedar bahawa pihak berkuasa kadang-kadang memberi saman atau mengunci tayar bukan kerana suka-suka. Namun, itu adalah sebahagian dan tuntutan kerja mereka dalam melancarkan aliran trafik.

Banyak video telah tular menunjukkan segelintir rakyat Malaysia menunjukkan provokasi dengan memarahi atau memukul pihak berkuasa hanya kerana mereka menjalankan tugas mereka.

Image result for isu pihak penguatkuasa

Justeru, Kool FM pada 12 Mac 2020 telah menemubual Pengerusi Kesatuan Sekerja ANULAE Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Zakaria Abdullah untuk mengupas isu provokasi antara pihak berkuasa dan masyarakat sekaligus memberi solusi tentang perkara yang kian membimbangkan ini.

Susulan video yang tular menunjukkan pelakon Azwan Ali berang terhadap pihak berkuasa, Encik Zakaria telah memberi penjelasan dimana Azwan bukan disaman, namun dia hanya diberi notis kompaun dimana dia boleh ke pejabat untuk membuat rayuan.

“Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunya budi bicara jika melakukan sesuatu kesalahan. Budi bicara tersebut juga terletak kepada pegawai yang bertugas serta individu yang membuat kesalahan tersebut.”

Jika pada awalnya Azwan membuat laporan pada biro awam di bawah sistem pengurusan aduan atau terus ke pejabat dengan menyelesaikan isu tersebut secara baik, maka kemungkinan rayuan berkenaan dapat dipertimbangkan.

Ketahui lebih lanjut tentang isu ini menerusi Catch Up Kool di bawah:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement