Semasa & Hiburan
Isteri Fizo Omar, Mawar Teruja Dapat Kejutan Daripada Anuar Zain!
Sinonim dengan sambutan hari jadi, tak lengkap rasanya kalau tak ada kejutan. Tak kira lah dalam bentuk makanan, ucapan mahupun penampilan istimewa.
Sinonim dengan sambutan hari jadi, tak lengkap rasanya kalau tak ada kejutan. Tak kira lah dalam bentuk makanan, ucapan mahupun penampilan istimewa.
Terbaru, pelakon Fizo Omar telah membuat kejutan dengan mengundang penyanyi popular, Anuar Zain sebagai kejutan hari jadi buat isteri tersayang, Mawar.
Mawar yang sedang menikmati hidangan yang disediakan kelihatan terkejut sebaik sahaja melihat penyanyi yang popular menerusi lagu Keabadian Cinta itu.
Special thanks to my hubby, especially Abang Sham dengan Kak Wawa suprise kan cheq tak tau Abang Anuar @anuarzain70 nak datang sampai tersedak nasib tak tercekik.
Mawar berasa teruja dan menyatakan anaknya Maryam turut berasa perkara yang sama selain berterima kasih atas undangan makan malam yang diadakan pada hari lahirnya.
Video yang merakamkan aksi teruja Mawar itu mendapat respon positif daripada pengikut Instagramnya.
Rata-ratanya menyatakan rasa seronok melihat gelagat comel Mawar itu.
Fizo dan Mawar berkahwin pada 10 November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam pada 29 Disember 2017.
Apa-apa pun, selamat hari jadi Mawar! Semoga diberi kesihatan yang baik, sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia disamping orang yang tersayang.