Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Ini Sebab Ning Baizura Pilih Zoo Untuk Buat Persembahan

Penyanyi Ning Baizura memberitahu Zoo Negara adalah pilihannya sebagai tempat persembahan bagi Ning Baizura live at Zoo Negara supaya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang spesies Harimau Malaya yang semakin pupus.

Published

on

Penyanyi Ning Baizura memberitahu Zoo Negara adalah pilihannya sebagai tempat persembahan bagi Ning Baizura live at Zoo Negara supaya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang spesies Harimau Malaya yang semakin pupus.
Konsert yang akan dimulakan pada jam 12:30 tengah hari itu bakal diadakan pada 20 April depan.
Menurut Ning, lokasi itu turut dipilih susulan bersesuaian selain ia merupakan tempat tumpuan keluarga dan pelancong.
Image result for ning baizura zoo

Saya mula aktif sebagai aktivis dan melakukan kerja amal sejak 17 tahun lalu Cuma mungkin ramai yang tidak tahu.

Sementara itu Ning turut memaklumkan dia tidak pernah membeli barang-barang atau pakaian yang diperbuat daripada haiwan.
Menurutnya, pembelian itu hanya menggalakkan aktivit pemburuan haram semakin berleluasa.

Kita bangga dengan Harimau Malaya tapi kita tidak sedar haiwan itu semakin pupus di Zoo Negara ini sahaja tinggal Sembilan ekor.

Menerusi satu portal hiburan online, Ning turut akan menyanyikan 10 buah lagu popularnya dalam persembahan berdurasi satu jam itu.
10 peratus tiket akan disalurkan kepada badan bukan kerajaan My Cat.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement