Home > #CeriteraKool > Ini Punca Sheila Tangguh ‘Dekatkan Jarak Kita Raya’

Ini Punca Sheila Tangguh ‘Dekatkan Jarak Kita Raya’

Keinginan Sheila Rusly untuk menerbitkan drama popular Dekatkan Jarak Kita bagi edisi raya terpaksa dibatalkan selepas pelakon utamanya, Syafiq Kyle tidak boleh memberikan komitmen.

Menurut Sheila, dia berasa kecewa dengan pihak pengurusan pelakon terbabit apabila dimaklumkan bahawa jadual Syafiq telah padat walaupun pihak produksi Sheila telah memberitahu mengenai penggambaran itu tiga bulan lebih awal.

Image result for sheila rusly ayda jebat syafiq kyle

Gara-gara insiden itu, Sheila mengambil keputusan untuk tidak meneruskan penggambaran drama berkenaan susulan beranggapan tiada guna untuk dihasilkan tanpa kehadiran Syafiq.

Saya tidak mahu ambil pengganti pelakon lelaki lain sebab ia sudah merosakkan keseluruhan cerita asal selain idea menghasilkan Dekatkan Jarak Kita edisi raya telah dipersetujui oleh pihak stesen televisyen.

Semalam, drama Dekatkan Jarak Kita terbitan JS Pictures Sdn. Bhd. yang menampilkan gandingan Syafiq dan Ayda Jebat berjaya merangkul trofi utama menerusi kategori Drama Pilihan, selain memperoleh trofi Pasangan Pilihan pada anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018.

Image result for syafiq kyle dfkl

Sementara itu keserasian dua pelakon itu juga merupakan antara sebab Sheila enggan meneruskan penggambaran tanpa Syafiq berikutan tidak mahu mengecewakan peminat yang mahu melihat gandingan Ayda dan Syafiq.

Drama ini saya simpan, Insya-Allah untuk Hari Raya Aidiladha.

Dalam pada masa sama, Syafiq  turut meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat memberikan komitmen untuk drama melihatkan kepada jadualnya yang padat.

Bagaimanapun, Syafiq menyifatkan perkara yang telah berlaku hanyalah salah faham dan dia sendiri akan meminta maaf kepada Sheila kerana enggan mengeruhkan perhubungan baik di antara mereka.

 

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply