Connect with us
alt_img>

Berita

Ini Checklist Cari Pengasuh… Nombor 2 Anda Kena Peka!

Sistem saringan dalam talian dijangka dapat memudahkan ibu bapa membuat semakan terlebih dahulu

Published

on

Sistem saringan dalam talian ke atas individu yang akan bekerja atau diambil bekerja bersama kanak kanak dijangka siap Mac ini, sekaligus dapat mengelak risiko kanak kanak menjadi mangsa penderaan.
Menerusi artikel disiarkan BH, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, dengan sistem itu, kes penderaan oleh pengasuh juga boleh dielakkan serta memudahkan ibu bapa membuat semakan sebelum ambil keputusan memilih untuk menghantar anak kepada pengasuh.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, kementerian juga menyediakan infografik atau “checklist” (Klik SINI) yang berbentuk sementara mengenai langkah mengesan kanak-kanak didera.

Menurut Dr Wan Azizah,

Semua tahu bahawa ini adalah senarai semak. Ada yang tidak pasti tanda-tanda (penderaan) maka dia boleh hubungi Talian Kasih 15999 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membantu.
“Kejadian seperti ini memang menyedihkan. Dalam sesetengah kes, saya tahu kita tiada pilihan, tetapi terpaksa selektif bagi mengurangkan risiko penderaan supaya ia tidak berulang.”

Difahamkan, sistem saringan secara dalam talian itu dibangunkan bersama agensi berkaitan lain seperti mahkamah, polis dan Jabatan Penjara.
Baru baru ini, seorang lagi bayi disyaki didera pengasuh di Taman Permai, Sibu, Sarawak. Aariz Harraz Zahin Azman , 9 bulan, disahkan meninggal dunia apabila mesin sokongan hayatnya dihentikan pagi kelmarin.





Wan Azizah, dalam pada itu, menegaskan langkah kerajaan itu bukan menghalang mana-mana pihak untuk mendapat pekerjaan sebagai pengasuh.
Pada masa sama, ibu bapa dinasihatkan agar lebih peka terhadap isu-isu semasa dan info terkini yang disalurkan.
 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement