Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Ini Adalah 3 Nama Lain Bagi Bulan Ramadan

Terdapat banyak nama-nama lain yang disebut bagi menggantikan nama Ramadan. Ini adalah antara 3 nama-nama bulan Ramadan yang disebutkan di dalam hadis nabi

Published

on

Ramadan merupakan salah satu bulan di dalam kalendar Islam. Setiap kali Ramadan tiba, umat Islam akan berpuasa selama sebulan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Jika anda nak tahu, Ramadan adalah perkataan dari Arab yang membawa maksud panas terik. Harapannya, supaya rasa panas tersebut dapat membakar segala kekotoran dan dosa-dosa orang yang beribadah dan berpuasa dalam bulan yang mulia ini. Ia juga adalah bukti pengorbanan dan kesabaran.

Terdapat banyak nama-nama lain yang disebut bagi menggantikan nama Ramadan. Ini adalah antara 3 nama-nama bulan Ramadan yang disebutkan di dalam hadis nabi:

Menarik: “Tak Pernah Sambut Anniversary Couple, Bangga Dapat Sambut Lepas Kahwin..” – Alam Wakaka

Bulan Sabar

Bulan Ramadan sememangnya memerlukan kita untuk banyak bersabar. Hal ini adalah kerana, Ramadan adalah bulan untuk kita menahan diri dari pelbagai aspek. Bukan sahaja kita perlu menahan rasa lapar dan dahaga, kita juga perlu menahan diri dari rasa amarah, sifat-sifat keji dan menahan mulut dari mengeluarkan kata-kata yang tidak baik malah menjaga seluruh anggota badan, luaran mahupun dalaman dari melakukan perkara yang tidak diredhai Allah.

Puasa dan kesabaran memang mempunyai hubungan yang erat. Tiada sabar maka tak bermaknalah pausa.

Dalam hadis nabi pernah bersabda: ‘Seandainya seorang memaki engkau atau mengatakan kamu bodoh, maka katakanlah ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa, aku sedang berpuasa’. (Sahih Al-Jami As-Saghir)

 

Bulan Belas Kasihan

Bulan Ramadan juga dikenali sebagai bulan belas kasihan atau bulan berkasih sayang. Hal ini adalah kerana, setiap amal yang kita lakukan terutama amal kepada manusia akan dilipat gandakan pahalanya. Kita digalakkan untuk bersedekah dan berbuat baik kepada insan lain termasuklah jiran tetangga, anak-anak yatim dan fakir miskin.

Oleh kerana itu, bulan Ramadan juga dinamakan bulan berkasih sayang. Disebutkan di dalam hadis: Ia adalah bulan berbelas kasihan. [HR Baihaqi 3608]

Antara cara yang boleh dilakukan untuk bersedekah dan sering dilakukan ketika bulan Ramadan adalah dengan memberikan makanan kepada orang lain. Besar ganjarannya jika kita memberi makan kepada orang lebih lagi menjamu orang yang ingin berbuka puasa.

Nabi juga turut bersabda dalam hadisnya: ‘Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapat pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.’ (Hadis  Riwayat Tirmidzi)

 

Penghulu Segala Bulan

Ramadan dikenali sebagai penghulu segala bulan. Hal ini adalah kerana, segala amal baik yang dilakukan di dalam bulan ini akan dilipat gandakan ganjaran buat mereka.

Allah buka seluas-luasmya pintu rahmat dan pintu-pintu syurga buat yang ingin kembali kepadaNya dan   ditutup serapat-rapatnya pintu-pintu neraka buat mereka. Bukan itu sahaja, syaitan juga dirantai dari menyesatkan umat manusia, apa yang tinggal hanyalah iman dan kemahuan individu untuk berubah. Malam Lailatul Qadar yang jatuh di 10 malam terakhir Ramadan pula merupakan malam yang diibaratkan sebaik 1000 bulan.  Disebabkan itu bulan Ramadan dikenali sebagai penghulu segala bulan. Sabda Rasulullah: Penghulu segala bulan adalah bulan Ramadan. [HR Baihaqi 3364]

Diharapkan Ramadan tahun ini dapat disambut dengan penuh makna dan barakah. Lebih-lebih lagi tahun ini kita dapat menunaikan solat terawih di masjid atau surau berbanding tahun lepas.

Menarik: Kemaluan Dipotong Ketika Duduk Sendirian, Apa Motif Disebaliknya?

Sumber: mStar

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement