Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Indonesia Akan Buka Kembali Labuan Bajo Untuk Percutian Pertengahan Bulan Ini

Published

on


Walaupun angka jangkitan COVID-19 di Indonesia masih lagi mencatatkan tiga angka, namun mereka dikatakan bersedia untuk membuka beberapa tempat percutian. Antara lokasi yang disebut-sebut ialah Labuan Bajo.

Katanya, cadangan ini menerima sambutan positif Perhimpunan Hotel dan Restoran Indonesia (PHRI). Pusat pelancongan ini bakal dibuka pada 15 Jun ini. Walaupun Labuan Bajo dibuka untuk aktiviti pelancongan, namun beberapa protokal telah dirancang untuk menghalang penularan.

BACA:Bukan Lagi Seperti Dulu, Kini Desaru Kota Tinggi Banyak Tempat Yang Menarik!

Sumber: Indonesia Travel

“Sebenarnya selama ini memang hotel di Labuan Bajo  masih beroperasi. Cuma tak ada tetamu,” kata ketua  PHRI, Silvester Wangge.

Selepas ini, Labuan Bajo akan dijadikan  lokasi percutian normal baru dan dianggap berita baik oleh para pemegang saham.

Sumber:Bp blogspot

Tapi ada juga persoalan-persoalan yang dibangitkan mengenai cara hotel ini beroperasi. Pihak hotel akan menyediakan tempat mencuci tangan. Mereka juga memerlukan bajet tambahan untuk menyediakan mask dan melakukan sanitasi untuk setiap kemudahan.

BACA: 6 Negara Yang Anda Boleh Fikirkan Untuk Mulakan Solo Traveling Lepas COVID-19

Mereka juga mencadangkan untuk menggunakan mask jenis kain supaya ia boleh dipakai berkali-kali dan tidak menambahkan kuantiti sampah di Labuan Bajo.

Kalau mereka yakin yang negara mereka sudah selamat untuk membuka tempat percutian, silakan. Tapi diharapnya mereka yang ke sana akan terus berhati-hati selepas ini. Kita tak tahu apa yang akan terjadi akibat kecuaian kita sendiri, kan?

via GIPHY

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement