Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

“I’m a mom now,” Cristina Suzanne Masih Tak Percaya

Comelnya anak dia!

Published

on

Wanita mana yang tidak mengimpikan mempunyai pasangan yang memahami, selain sebuah keluarga yang bahagia?

Pasangan yang memahami penting bagi membentuk sesebuah institusi keluarga dalam melahirkan suasana yang harmoni terutamanya jika pasangan itu dikurniakan cahaya mata.

Begitu juga dengan pelakon yang popular menerusi drama Baby Ana Milik Siapa? iaitu Cristina Suzanne.

Pelakon kacukan Melayu Jerman itu telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya M.Faiz Zakaria pada 31 Mac 2018 dan dikurniakan seorang bayi lelaki.

Image result for cristina suzanne kahwin"

Perkahwinan beliau mengejutkan ramai pihak kerana Cristina tidak pernah berkongsi kisah peribadinya menerusi laman sosial atau mana-mana media cetak.

Terkini, menerusi laman Twitter Cristina telah memuat naik sekeping gambar yang memaparkan dirinya bersama anak lelakinya itu.

“I’m a mom now”, tulisnya ringkas

Melihat kepada kapsyen tersebut Cristina seperti tidak percaya bahawa dia kini mempunyai seorang cahaya mata yang dilahirkan 26 Mac 2019.

Dalam perkembangan lain, Cristina bakal muncul dalam filem bergenre political thriller berjudul Daulat yang akan ditayangkan pada tahun ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement