Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

Idris Elba Pelakon Hollywood Kedua Positif COVID-19

Semoga cepat sembuh!

Published

on

Selepas berita mengenai pelakon Tom Hanks dan isterinya sah dijangkiti wabak COVID-19, tiba giliran pelakon Idris Elba yang turut dijangkiti wabak berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pelakon yang popular menerusi filem Thor melalui laman Twitter miliknya pada 17 Mac 2020.

Dia tampil merakam sebuah video bersama dengan isterinya Sabrina, dengan menyatakan dirinya berasa baik dan tiada gejala setakat ini.

Idris turut menasihati pengikutnya untuk terus berada di rumah dan bersikap pragmatik.

Pelakon yang sebelum ini pernah merangkul Anugerah Golden Globe pada tahun 2012ย itu turut menyatakan dia akan memaklumkan keadaan kesihatannya dari semasa ke semasa dan menegaskan supaya pengikutnya tidak panik.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement