Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

“Ibu Tak Kuat, Tapi Ibu Kena Kuat…” Sayu Luahan Fauziah Nawi Menjelang Raya

Lepas rindu dengan menulis

Published

on

Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semua individu perlu patuh dengan penguatkuasaannya walaupun ada beberapa kelonggaran.

Namun ada beberapa aktiviti masih tidak dibenarkan, termasuk berkumpul melebihi 20 orang dalam rumah semasa sambutan Aidilfitri.

Menjelang sambutan Hari Raya, pasti ada yang sedikit terkilan kerana tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama ibu bapa yang jauh di kampung halaman kerana kerajaan telah mengumumkan pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan sama sekali, kecuali atas hal-hal kecemasan.

Ibu bapa semestinya mahu anak anak pulang ke kampung untuk beraya bersama namun disebabkan larangan yang dikuatkuasakan, semua akur dan ia menjadi sambutan yang berbeza sama sekali untuk tahun ini buat semua individu

Pelakon Fauziah Nawi tidak ketinggalan menyuarakan perasaannya.

Sebelum ini pelakon yang selesa dipanggil ibu itu telah berkongsi pesanan:

“Tak payah balik, mak okay. Janganlah degil. Sudah berapa tahun kita selalu sambut raya bersama, kali ini saja tak. Nyawa tu lebih penting. Insha-Allah nanti kita dapat bersama.”

Semasa berbual dengan AG, Haiza dan Muaz dalam satu temubual di Kool FM mengenai topik “Sejauh Mana SOP Aidilfitri PKPB Dipatuhi”, pelakon itu berkata,

“Ibu kena bagi contoh buat anak anak. Tak payah balik, mak-mak memang sedih, sebab Covid 19 ni. Kita boleh jumpa lagi, Insyallah.”

Perbualan itu turut diselangi dengan kenangan rindu ibu Fauziah bersama arwah anak beliau, Allahyarham Pitt Hanif.

“Ibu tak kuat, tapi ibu kena kuat”

Apabila AG bertanya dari mana datangnya kekuatan ibu Fauziah terutama arwah Pitt tiada lagi bersamanya manakala anak-anak lain tidak dapat beraya bersama, pelakon itu berkata,

“Ibu ada adik beradik ramai, takpa. Memang terasa bila tiada keriuhan anak anak dan cucu. Ibu menulis, itu cara ibu lepaskan rindu.”
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement