Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Ibu Serba Boleh” – Zarina Zainuddin Gunting Sendiri Rambut Anak

Salute!

Published

on

Nak gunting rambut memerlukan skill atau bakat.

Nampak macam senang tetapi bukan semua orang pandai, kan?

Memandangkan semua kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelakon Zarina Zainuddin mengambil keputusan untuk menggunting sendiri rambut anaknya, Azil.

View this post on Instagram

Saya tak pandai gunting rambut tapi azil dah rimas rambut panjang jadi saya gunting jugaklah rambut azil arini #stayathome #covid19

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Umum mengetahui, Zarina sering berkongsi perkembangan dua anak kembarnya, Azil dan Azal di Instagram yang menghidap Autisme.

Ibu berusia 49 tahun itu sememangnya dikenali sebagai ibu yang sabar serta penyayang membesarkan dua orang anaknya.

Rata-rata netizen juga bangga dengan Zarina yang dikatakan ‘ibu serba boleh’ dalam melayan telatah tidak menentu dua anaknya itu.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement