Semasa & Hiburan
“Hikmah Disebalik Pertemuan” Noh Hujan
Kadang-kadang orang yang kita jumpa tu sebenarnya membawa rezeki kepada kita..
Perkembangan dunia pada masa kini telah merubah pelbagai cara untuk menyampaikan maklumat. Kecanggihan teknologi turut telah merubah media dengan memperluaskan skop sebagai platform penyebar maklumat yang amat besar.
Jika dahulu kita ke sekolah ataupun kelas tambahan untuk menimba ilmu dan melatih pengetahuan sedia ada, namun sekarang anda mampu melakukannya hanya dihujung jari dimana sahaja anda berada.
Sama seperti penyanyi Noh Hujan yang gemar berdakwah dan berkongsi ilmu yang diperoleh bersama dengan pengikut-pengikutnya menerusi sosial media.
Baru-baru ini, rakaman video pendek Noh yang juga suami kepada Mizz Nina berkongsi kisah semasa dia berada di Jakarta telah kembali tular di laman Twitter.
We met someone with reason pic.twitter.com/f3iue6VKn8
— fvzvl (@fvizvlee) March 9, 2020
Video yang telah dimuat naik pada 5 Mei 2019 itu bercerita mengenai “Hikmah Disebalik Pertemuan.” Tonton video penuh dibawah:-
“Setiap pertemuan yang dekat dunia ni, tak kisah lah dekat traffic light ke, setiap susun atur pertemuan penuh hikmah.”