Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

Hattan Beri Nasihat Khusus Untuk Orang ‘Nismilan’

Donga ni, Dato Hattan nak koba!

Published

on

Seperti kita semua sedia maklum, semua rakyat Malaysia diminta untuk berada di rumah bagi memastikan rantaian wabak COVID-19 dapat diputuskan.

Selain orang awam, ahli politik dan tenaga barisan hadapan, selebriti-selebriti tanah air turut memberikan pesanan kepada orang ramai melalui media sosial.

Terbaharu, penyanyi Dato’ Hattan turut mengambil kesempatan tersebut untuk memberikan nasihat khusus untuk penduduk yang menetap di Negeri Sembilan menerusi laman Instagram miliknya.

Menerusi video itu, dia meminta orang ramai supaya jangan berdegil untuk keluar dari rumah.

Ini susulan menurut adiknya yang juga Ketua Polis Daerah Bahau memaklumkan orang ramai masih lagi dilihat keluar seperti biasa terutamanya di Senawang walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan ketika ini.

Hattan turut sempat bertanya mahukah kita semua menunaikan solat Aidilfitri dirumah pada tahun ini?

Semoga nasihat yang disampaikan oleh Dato’ Hattan ini diterima ramai dan dijadikan pengajaran buat semua.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement