Connect with us

Hiburan

‘Hari Ini’ Versi Duet Lebih Romantis

Hari Ini dipilih sebagai lagu tema program Mahligai Cinta siaran TV3.

Published

on

Pada 4 November lalu, penyanyi dan komposer, Hael Husaini telah melancarkan lagu Hari Ini versi duet bersama Dayang Nurfaizah.

Kini meraih lebih 238k jumlah tontonan, Hael mengakui lagu yang sesuai untuk tema majlis perkahwinan itu lebih romantis berbanding dendangan secara solo.

“Sambutan bagi kedua-dua versi lagu terbabit agak berbeza. Bagi Hari Ini versi duet, umpamanya, ia dilihat lebih melengkapi kerana dialunkan oleh penyanyi lelaki dan wanita.

“Ia juga lebih romantis berbanding versi solo. Malah, genrenya juga berbeza,” katanya ketika ditemu bual wartawan, Zaidi Mohamad.

Untuk pengetahuan, Hari Ini dipilih sebagai lagu tema program Mahligai Cinta siaran TV3.

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement