Berita
Hanya Berlegar-Legar, Warga Emas Dapat 70K Sehari Dari Ihsan Orang
Selepas disiasat dan berjumpa sendiri dengan Makcik Maznah….
Beberapa hari lepas tular satu ciapan di twitter tentang seorang makcik bernama Maznah berlegar-legar dalam keadaan sesak nafas kerana terpaksa mencari nafkah disebabkan suaminya dibuang kerja sejak Julai lalu.
Susulan itu, dengan kuasa viral pengguna twitter yang menggunakan nama samaran Awanis Rasdi meminta orang ramai menyumbangkan sedikit wang untuk kelangsungan hidup Makcik tersebut.
Namun, selepas ianya tular ada yang mengatakan Makcik tersebut menipu kerana akan ada seorang pemuda memerhati dari jauh yang akan ambil dan hantar dia di situ untuk meminta bantuan kewangan.
Sejauh mana kebenaran cerita tidak dapat dipastikan kerana ianya hanyalah perkongsian daripada pengguna di media sosial. Apa pun, jangan terus mempercayai sehingga ada bukti atau dapat sumber yang sahih.
Bagaimanapun, menurut ciapan twitter Khairul Azri, selepas disiasat dan berjumpa sendiri dengan Makcik Maznah untuk meminta keterangan lebih lanjut, dia mengatakan dalam masa 24 jam sejak kisahnya diviralkan, dia boleh dapat RM70 ribu ihsan dari orang ramai yang prihatin.
Nah den bagi muka depan terus. Handsome kot cikgu muka Korea ni. Haha.
Cikgu info kat aku dia dapat RM70K dlm 24 jam haritu.
Dan dia mmg duk hotel, makan di restoran, suami tak kerja duduk saja, isteri mintak sedekah.
Alhamdulillah rezeki makcik. Rakyat Malaysia pemurah. 😬 https://t.co/Ulx2AlXwyY pic.twitter.com/Px3mSzy3Z6
— Khairul Azri (@mkhairulazri) November 4, 2020
Berikutan itu, seorang lelaki, Mohd Fadli Salleh menceritakan satu persatu apa yang berlaku sebenarnya. Dia menulis 15 fakta tentang apa yang terjadi untuk orang semua faham.
Antaranya adalah, Makcik Maznah mengalami kesusahan hidup sejak tahun 2014 lagi dan suaminya bekerja sebagai tukang masak. Kemudiannya dihalau keluar rumah dan menyewa bilik sewa di mana perlu berkongsi bilik air.
Dari kisah ni, apa yang boleh disimpulkan jangan mudah percaya dengan orang. Cari jalan yang betul jika ingin menghulurkan bantuan. Ingat, di negara kita banyak badan dan pertubuhan bagi golongan asnaf dan fakir.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Tipu Kaki Kudung Raih Simpati Mengemis, Rupanya Miliki 5 Aset Kediaman
“Makcik, Janganlah Buli Wanita Muda,” – Dr Amalina Bagi Penjelasan Soal Pantang Cara Moden
Sumber: facebook