Connect with us

Berita

Hampir 30 Kilometer Tertinggal Anak

Ibu anak tujuh berterima kasih kepada semua pihak yang menjaga Muhammad Naufal dengan baik.

Published

on

Seorang ibu terasa nyawanya bagai disentap dan lembik satu badan, tatkala menyedari seorang anaknya daripada tujuh orang tiada dalam kereta apabila tertinggal di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), hala selatan di Melaka malam tadi.

Beliau hanya mahu dikenali sebagai Iza, mempunyai seramai tujuh orang anak berusia antara 11 bulan dan 13 tahun dan kejadian tersebut benar-benar menjadi pengajaran buat dirinya.

Difahamkan, ibu kepada Muhammad Naufal, 3 ini berhenti di hentian berkenaan untuk solat Maghrib kira-kira jam 7.30 malam dan sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka.

“Saya dan suami makan secara bergilir-gilir untuk memantau anak-anak dan waktu saya sedang makan, anak-anak dah berlari sana-sini. Saya minta suami bawa mereka ke taman permainan dan selesai sahaja makan saya terus ajak mereka balik.
“Pada masa sama anak keempat dan kelima saya pula bergaduh, menangis dan berlari-lari menjadikan keadaan agak kelam-kabut.
“Ketika inilah Allah SWT menguji saya dan suami, apabila semua anak sudah masuk ke dalam kereta, dan tanpa sedar rupa-rupanya kami meninggalkan anak keenam, Muhammad Naufal, yang sedang duduk di dalam gelungsur tertutup taman permainan itu,” katanya.

Sepanjang perjalanan hampir 30 kilometer itu, Iza menyangkakan Muhammad Naufal berada di tempat duduk belakang kereta kerana seolah-olah mendengar suara anaknya itu.

“Mujurlah suami seorang yang sangat tenang dan segera menelefon rakannya untuk membantu mencari anak di R&R Ayer Keroh.
“Kira-kira 20 minit kemudian, ketika kami dalam perjalanan ke R&R itu, rakan suami menelefon memberitahu anak saya selamat dan kini berada di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Alor Gajah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement