Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Haiwan Rare Yang Digunakan Semasa Perang

Published

on


Kalau nak cakap pasal haiwan yang digunakan semasa perang rasanya banyak je yang korang dah tahu seperti kuda, gajah dan anjing. Tapi kali ni aku nak bagi senarai haiwan yang korang sendiri tak terfikir haiwan ni pernah digunakan masa perang. Jangan kata manusia je yang berani ke medan perang, haiwan pun berani juga cuma selepas dilatih lah. So jom kita tengok haiwan apa yang kita tak terfikir akan digunakan semasa perang.

BERUANG

Beruang sebenarnya pernah digunakan beberapa kali di dalam sejarah peperangan. Tapi ada seekor beruang menjadi terkenal selepas digunakan untuk menentang tentera Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Beruang itu diberi nama Voytek, merupakan beruang coklat dari Syria yang ambil oleh tentera Poland semasa di Iran. Menariknya, beruang itu membesar dengan minum susu daripada botol vodka dan juga minum bir. Kemana sahaja tentera Poland pergi, Voytek akan ikut sekali termasuk lah ke zon pertempuran di Iraq, Palestin, Mesir dan Itali.

Selepas Voytek bertambah besar, beruang itu didaftarkan sebagai askar Poland dan mempunyai pangkat dan nombor sirinya sendiri, sehingg lah dinaikkan ke pangkat koperal. Dalam satu siri pertempuran Perang Dunia Kedua, Voytek membantu pasukan tenteranya dengan membawakan peti peluru. Pada tahun-tahun terakirnya, Voytek tinggal di Zoo Edinburgh di Scotland dan menjadi tokoh masyarakat yang popular di United Kingdom. Voytek sering muncul dalam rancangan televisyen kanak-kanak sehingga kematiannya pada tahun 1963.

LEBAH

Masyarakat Yunani kuno dan Rom merupakan masyarakat yang dikenali menggunakan lebah sebagai senjata kecil dalam perang. Orang Rom nampaknya mempunyai sejarah yang buruk dengan lebah. Pada tahun 69 sebelum masihi, tentera Rom dikalahkan dengan lebah yang menyerang mereka sepanjang perjalanan mereka untuk menyerang satu wilayah di Turki. Tentera Rom semuanya muntah dan mabuk selepas disengat lebah.

Satu lagi catatan tentang penggunaan lebah ini adalah semasa Perang Vietnam pada tahun 1960-an dan 1970-an. Pasukan gerila Viet Cong dikatakan telah memindahkan sarang lebah liar yang besar ke laluan musuh. Apabila musuh semakin menghampiri sarang lebah tersebut, satu tembakan akan dilepaskan ke arah sarang lebah itu dan mengakibatkan musuh diserang oleh lebah-lebah yang sedang marah tersebut.

NYAMUK

Selain serangga lebah, nyamuk juga pernah digunakan bagi tujuan perang. Menjelang Perang Dunia Kedua, pasukan tentera Jerman yang menguasai Itali pada waktu itu telah mengarahkan supaya kawasan Pontine Marshes di selatan Rom dibanjirkan. Ia bagi mewujudkan satu kawasan takungan air yang penuh dengan nyamuk yang akan menyebabkan penyakit malaria. Usaha ini dilakukan dengan harapan pihak musuh akan terkena penyakit malaria. Tetapi sebaliknya pula berlaku. Nyamuk yang dibiakkan itu telah memberi kesan buruk kepada kedua-dua belah pihak.

KELAWAR

Kelawar pernah digunakan dan dijadikan sebagai bom oleh tentera Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Kedua. Ia merupakan satu eksperimen senjata yang pelik, dan salah satu rancangan untuk membalas serangan Jepun di Pearl Harbor. Sebanyak 1,000 kelawar hidup diperlukan untuk setiap bom, dengan alat pembakar kecil yang dipasang pada setiap kelawar. Semua 1,000 kelawar itu kemudian disimpan di dalam satu bekas yang akan dijatuhkan dari pesawat perang Amerika Syarikat ke atas Jepun.

KALA JENGKING

Tentera Rom sekali lagi berhadapan dengan musuh yang lebih teruk daripada lebah, iaitu kala jengking. Menurut catatan kuno, orang Atrenians telah menemui kaedah untuk menggunakan kala jengking tanpa membahayakan diri mereka. Mereka akan mengisi periuk tanah liat dengan berpuluh kala jengking dan melemparkannya ke tentera Rom. Kala jengking itu seterusnya menyerang tentera Rom.

Ahli sejarah dari Universiti Stanford, Adrienne Mayor, telah menerbitkan sebuah buku tentang taktik perang zaman kuno ini. Dia berpendapat orang Atrenians menjinakkan kala jengking itu sebentar dengan ludah pada ekornya. Penyelidik moden yang mencipta bom kalajengking mendapati cara yang lebih baik adalah meletakkan haiwan itu di dalam peti sejuk selama beberapa minit.

IKAN LUMBA-LUMBA

Siapa yang pernah main game ‘Red Alert’ mesti biasa nampak haiwan ni dijadikan sebagai senjata perang. Tentera Laut Amerika Syarikat telah lama melatih ikan lumba-lumba untuk melakukan rondaan laut sejak tahun 1960-an. Ikan lumba-lumba tertanya merupakan haiwan yang pintar. Ikan lumba-lumba mampu mengenal pasti objek dalam laut yang tidak dapat dilihat oleh para penyelam. Ikan ini mempunyai kebolehan memancarkan nada yang tinggi dan memantulkan semula nada tersebut sekiranya terkena sebarang objek. Kebolehan ikan lumba-lumba ini pernah digunakan semasa Perang Persian Gulf dan Perang Iraq.

KATALAKI: Agak-agak semut api sesuai tak dijadikan senjata perang? sakit woi kena gigit!

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement