Connect with us
alt_img>

Hiburan

Guna #lilP, Dynas Mokhtar Bakal Timang Anak Lelaki

Meriahnya majlis “baby shower” Dynas Mokhtar yang kini hamil lapan bulan!

Published

on

Meriahnya majlis “baby shower” Dynas Mokhtar yang kini hamil lapan bulan!

Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar dijangka bersalin pada 18 Mei ini.

Menerusi majlis tersebut, Dynas turut berkongsi jantina anaknya dengan tanda pagar lilP.

Saya dan suami dapat tahu jantina anak pada usia kandungan enam bulan. Pada mulanya tidak pasti juga, tapi selepas membuat ujian imbasan sekali lagi baru kami yakin.\

View this post on Instagram

Cuba swipe left . Dia boleh buat muka ek @laraalanaa #dynasbabyshower #lilp

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on

Dynas juga berkongsi bakal mewujudkan akaun Instagram buat cahaya mata ketiganya itu apabila dilahirkan kelak.

Dalam perancangan memang akan ada IG untuk anak kami ini. Tunggu dia lahir dulu. Cuma, buat sementara waktu, saya menggunakan #lilP.

Dynas menyatakan, dia mahu berkongsi momen dan gambar bayi mereka di situ, selain menjadikan akaun itu sebagai medium perkongsian tip keibubapaan buat peminat.

Dalam perkembangan lain, Dynas yang juga pelakon drama bersiri yang ditayangkan di iflix, KL Gangster Underworld aktif mengusahakan perniagaan baju ibu mengandung.

Bayi yang bakal dilahirkan adalah hasil perkahwinan dengan Shazrik Din. Mereka mendirikan rumah tangga pada April lalu.

Terdahulu, Dynas mempunyai dua anak iaitu Khyra Khalyssa, 9, dan Mohamed Haqaish, 7, menerusi perkahwinannya dengan bekas suami.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement