Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Genap Satu Dekad Berpuasa, Soo Wincci Masih Teguh Dengan Pendiriannya di Bumi Sepanyol

Tahun ini merupakan tahun ke-10 Dr. Soo Wincci menyambut Ramadan dan berpuasa bersama-sama rakan Muslim yang lain. Walaupun Miss World Malaysia (2008) ini bukan beragama Islam, namun, dia tetap cekal untuk turut sama-sama mengerjakan puasa dalam bulan Ramadan.

Published

on

Tahun ini merupakan tahun ke-10 Dr. Soo Wincci menyambut Ramadan dan berpuasa bersama-sama rakan Muslim yang lain. Walaupun Miss World Malaysia (2008) ini bukan beragama Islam, namun, dia tetap cekal untuk turut sama-sama mengerjakan puasa dalam bulan Ramadan.

Tak sangka sedekad sudah berlalu tetapi Soo Wincci masih tetap dengan pendiriannya untuk berpuasa. Tambah lagi, ratu cantik ini tidak berada di Malaysia sebaliknya dia kini berada di Sepanyol.

Baca juga: Khairul Aming Kembali Dengan 30 Hari 30 Resepi Ramadan

Terdahulu, Soo Wincci pernah melanjutkan pelajarannya di Sepanyol dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Fellowship dalam Pengeluaran Musik Langsung dan Ijazah Sarjana Pengeluaran, Inovasi dan Teknologi Musik. Bukan itu sahaja, sebenarnya ‘beauty pageant’ ini turut berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia dan beberapa lagi ijazah dałam bidang dan universiti yang berbeza.

Pada 2019, si cantik ini berjaya melakarkan namanya di dalam Malaysia Book of Records sebagai ‘Most Number of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen‘ dan ‘Most Number of Academic Degrees Obtained by A Recording Artist‘. Ini baru betul ‘beauty with brain‘, memang satu pencapaian yang amat membanggakan.

Tahun lepas, Soo Wincci berpeluang untuk pulang ke Malaysia dan menyambut Ramadan di sini namun tahun ini, dia kembali ke Sepanyol sebagai seorang pensyarah.

Melalui perkongsian Soo Wincci, yang juga pernah menjadi peserta Masterchef Selebriti Malaysia itu, dia terpaksa menahan lapar selama 16 ke 18 jam sehari di Sepanyol sepanjang berpuasa. Namun, itu bukanlah penghalang buatnya untuk tidak berpuasa tahun ini. Malah, Soo Wincci dilihat masih teruja menyambut Ramadan sama seperti tahun-tahun yang lalu.

Rata-rata wargamaya memuji sikap Soo Wincci yang tidak mudah berputus-asa dan konsisten dalam melakukan sesuatu. Ramai yang memberikan kata-kata semangat buat dirinya yang berada di bumi Sepanyol itu termasuklah dari rakan-rakan artis yang lain.

Kami di sini mendoakan Soo Wincci agar terus berjaya dan kuat semangat dalam menempuh apa jua halangan dan rintangan. Semoga ratu yang berharga ini dapat terus memberikan inspirasi bukan sahaja buat rakyat di Malaysia tetapi masyarakat seluruh dunia.

Baca juga: “Cantiknya Lisa, Bertambah Seri..” – Penampilan Baharu Lisa Surihani Memegunkan

Sumber: Dr. Soo Wincci

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement