Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

Gara-Gara Mahu Swafoto, Seorang Wanita Dicakar Jaguar!

Seorang wanita di Phoenix, Amerika Syarikat cedera selepas dicakar jaguar ketika dia memanjat kandang di sebuah zoo di Arizona gara-gara untuk merakamkan gambar swafoto dengan haiwan ganas berkenaan.

Published

on


Seorang wanita di Phoenix, Amerika Syarikat cedera selepas dicakar jaguar ketika dia memanjat kandang di sebuah zoo di Arizona gara-gara untuk merakamkan gambar swafoto dengan haiwan ganas berkenaan.
Menurut saksi yang melihat insiden tersebut, wanita berkenaan memanjat pagar dan cuba mengambil gambar swafoto dengan haiwan berkenaan di Wildlife World Zoo berhampiran Phoenix pada Sabtu lalu.
Akibat tindakan itu, seekor jaguar yang berada di dalam kandang itu lantas melompat dan terus mencakar tangan wanita berkenaan.
Katanya, wanita itu mengalami luka dan pendarahan yang teruk di tangannya susulan dicakar harimau itu.
Dalam pada itu, pegawai zoo juga berkata, wanita itu telah membahayakan diri sendiri dengan memanjat kandang dan pihaknya akan menyiasat perkara berkenaan.


 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement