Connect with us

Hiburan

“First Time Pandang Kaabah, Tuhan Saja Tahu Perasaanya,”- Wany Hasrita

Beruntung Wany dapat tunaikan haji di usia muda.

Published

on

Penyanyi popular Wany Hasrita menyifatkan perjalanan menunaikan ibadah haji pada usia muda sebagai pengalaman paling menakjubkan dalam hidupnya.

Menerusi laman Instagram miliknya, Wany berkongsi momen terindahnya ketika mengerjakan Rukun Islam kelima itu serta meluahkan rasa syukur tak terhingga.

View this post on Instagram

Alhamdulillah, selesai sudah ibadah Haji saya disini. Td selesai tawaf wida’, sekarang dlm perjalanan menuju ke Jeddah. . My hajj journey was so amazing. Dari sampai je disini dgn menjaga dlm ihram, berwukuf di Arafah- alhamdulillah, beberapa ketika hujan selebat-lebatnya. Terus ke Muzdalifah mengutip batu utk jamrah. Kemudian selepas setengah malam kami ke Masjidil Haram utk tawaf & saie(masa kami sampai org tk ramai sgt) first time pandang Kaabah, Tuhan je tahu rasanya(read ‘nangehmcmbudakkecik). Sepanjang tawaf mata tak berkelip pandang Kaabah tak percaya depan mata 😭. Habis saie, baru lega! Dah boleh tahalul! Terus ke Mina utk bermalam selama 3 hari. Alhamdulillah urusan jamrah pun Allah permudahkan sampilah tawaf selamat tinggal td. . Doa-doa anda mana yg sempat wany dah bacakan disini, terima kasih banyak2 yg mendoakan wany. Wany doakan awak semua dpt ke sini dgn keluarga tersayang insyaAllah. ❤️ . With love; WH.

A post shared by #TERLALUMEMUJA (@wanyhasrita) on

Menjengah ke akaun Instagram Amira Othman pula, dia tidak pernah menyangka dapat menunaikan haji pada usia 26 tahun.

View this post on Instagram

Alhamdulillah❤️😭 selesai perjalanan haji saya. Di luar fikiran sy dpt menunaikan haji di usia 26 tahun ini. Tp semua Allah atur😭 byk sy belajar sepanjang perjalanan haji ini. Akhirnya yg kte bawa hanyalah amalan, sedekah juga doa anak2 yg soleh. Di dunia pangkat harta atau nama semunya pinjaman dan akhirnya semuanya adalah sama di sisi Allah. Doakan sy mempeolehi haji mabrur! Moga Allah angkat semua doa sy juga doa anda semua❤️ thank you @wanyhasrita terus call kte tk fikir nama org lain terus fikir nama kte. Memg ajaib tp Allah dah tulis semua ini😭😭😭 moga ada rezeki ke sini lg. Tmpt paling tenang yg tk akan sy lupa smpi bila2❤️

A post shared by #sambil (@amiraaothman) on

Rezeki Allah itu sesungguhnya luas dan tidak pernah salah alamat. Beruntung Wany dan Amira kan?

Semoga kita juga diberi rezeki untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci Makkah suatu hari nanti.

Wany dan Amira akan kembali ke tanah air pada Jumaat ini. Pemergian mereka ke sana adalah atas undangan kerajaan Arab Saudi.

View this post on Instagram

❤️❤️❤️

A post shared by #sambil (@amiraaothman) on

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement