Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Fedtri Yahya Kongsi Teguran Yang Indah Daripada AJK Surau Buat Ramai Tersenyum

Budi bahasa budaya kita

Published

on

Pernahkah perkara ini terjadi pada anda? Anda parkir di tempat yang disediakan dengan betul, namun orang lain sewenang-wenangnya menghalang laluan anda.

Hari sudah lewat, ­­anda pula perlu bergegas ke tempat lain kerana ada urusan lebih penting. Lebih-lebih lagi jika mereka tidak meninggalkan sebarang nombor untuk dihubungi. Pasti anda berasa marah kan?

Baru-baru ini, pengacara Fedtri Yahya telah berkongsi kisah di mana dirinya telah menerima nota ringkas daripada AJK surau yang dikunjung.

“Assalamualaikum saudara/saudari, alhamdulillah selesai beribadah di surau Al-Falah. InsyaAllah apabila anda datang semula ke surau ini, sila pastikan kenderaan anda tidak menghalang pintu-pintu dan lalu lintas jalan raya. Bersama-sama kita memudahkan saudara muslim kita menunaikan ibadah. Terima kasih, selamat jalan dan insyaAllah jumpa lagi.”

Tweet tersebut sehingga kini telah dikongsi lebih daripada 1,400 pengguna sosial media dengan rata-ratanya meninggalkan komen yang positif.

Semoga usaha murni ini mampu menjadi contoh serta pengajaran kepada masyarakat di luar sana untuk terus mempunyai sikap bersopan santun dalam menegur orang lain..

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement