Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Fazura Mahu Jadi Pelakon Versatil

Semoga Faz sentiasa dimurahkan rezeki dan menjadi antara selebriti yang dikagumi ramai.

Published

on

Pelakon, Nur Fazura Sharifuddin yang kini jarang kelihatan di televisyen mengakui agak memilih apabila membabitkan soal kerja, kerana mahu peminat sedar akan jalan cerita yang dipilihnya adalah menarik dan berbeza.

“Sekarang ini, kalau kita lihat jalan cerita yang ditampilkan dalam drama sama saja. Kahwin paksa, bekerja di syarikat besar jumpa lelaki kerja mekanik, lepas itu cinta tidak mendapat restu. Pusing-pusing cerita sama cuma lain situasi dan beza watak.

“Pada saya selagi begitulah jalan cerita yang ditawarkan, selagi itulah tidak akan berlakon drama.

“Kalau hendak buat drama romantik komedi atau cinta pun dah banyak saya buat. Saya mencari cerita dan watak berbeza kerana mahu menjadi pelakon yang versatil,” katanya.

Pelakon yang juga isteri kepada aktor, Fattah Amin itu juga percaya sekiranya seseorang artis benar-benar berbakat, populariti akan datang dengan sendiri.

“Sejak dulu saya percaya dengan perkara itu, kalau kita memberikan lakonan bagus dan penonton sendiri berasakan apa dipersembahkan seseorang pelakon itu dalam drama mahupun filem bagus pasti ia akan diingati.

“Hasil kerja bagus diberikan itu menjadi sebutan ramai secara tidak langsung populariti akan terbina. Kenapa saya lakukan sesuatu hanya semata-mata mahu membuktikan popular, sedangkan bakat tidak seiring.

“Sebagai pelakon saya mahu orang fokus kepada bakat dan karier serta bukan perkara membabitkan perihal peribadi semata-mata,” ujar Fazura lagi.

Semoga Faz sentiasa dimurahkan rezeki dan menjadi antara selebriti yang dikagumi ramai.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement