Connect with us

Hiburan

Fathia Seronok Jadi Penyanyi

Fathia rakam lagu baru, Jika Aku Tahu.

Published

on

Pelakon dan penyanyi tinggi lampai Fathia Latiff mengakui berasa bertuah dan berterima kasih apabila pihak Indigital Sdn Bhd merealisasikan impiannya untuk menjadi penyanyi.

Sebelum ini, Fathia mencipta lagu Jika Aku Tahu dan mengedarkan demo rakaman kepada pihak berkaitan, namun tidak mendapat sambutan apabila mereka meragui bakat nyanyiannya.

“Akhirnya sudah tertulis rezeki saya bersama Indigital. Saya seronok apabila diberikan peluang menjadi penyanyi dan melebarkan bakat dalam industri muzik tempatan,” katanya.

Fathia terharu apabila dapat bekerjasama dengan nama besar dalam industri muzik tempatan seperti Anas, Bob dan Aizat.

“Saya dapat rasakan perbezaannya berbanding bekerja dalam bidang pembikinan drama dan filem. Apabila diberitahu saya akan bekerja dengan mereka bertiga ini, saya jadi kecut perut dan gementar. Bagaimanapun, ternyata Anas, Bob dan Aizat sangat ‘sempoi’. Mereka membuatkan saya sangat selesa untuk bekerja.

“Proses rakaman lagu Jika Aku Tahu sangat menyeronokkan dan tersusun. Paling penting banyak ilmu yang saya peroleh sepanjang proses itu,” ujar Fathia.

Untuk rekod, pelakon drama Ariana Rose ini juga pernah merakamkan lagu duet bersama Shukri Yahaya berjudul Tak Pernah untuk OST drama Dia Isteri Luar Biasa.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement