Semasa & Hiburan
Farah Nabilah Bakal Bergelar Ibu
Tahniah!
Pelakon terkenal Farah Nabilah mengesahkan dirinya kini hamil anak pertama dengan usia kandungan hampir memasuki lima bulan.
Berita gembira itu diumumkan menerusi satu rakaman video di laman Instagram miliknya menyaksikan suami tercinta, Mohammed Amirul Yunus sedang mengusap perut dan mencium dahi Farah.
Lantas, perkongsian isteri kepada juruterbang itu dihujani komen-komen serta ucapan tahniah daripada rakan artis serta peminat.
Untuk rekod, Farah dan Amirul selamat diijabkabulkan pada 20 Disember lalu di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara.