Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Ezlynn Sanggup Berhabis RM5,000 Untuk ‘Goyang’???

Mesti ada yang terkejut bila baca tajuk tu kan? Ha…jangan fikir bukan-bukan.

Published

on

Mesti ada yang terkejut bila baca tajuk tu kan? Ha…jangan fikir yang bukan-bukan.

Sebenarnya, penyanyi yang dulu popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye, Ezlynn kini tampil dengan lagu terbaru berjudul Goyang.

Dengar cerita, dia sanggup berhabis RM5,000 membeli koleksi rambut palsu demi membentuk imej baru sempena single terbarunya itu.

Menurut Ezlynn, setakat ini dia sudah mengumpul 50 koleksi rambut pelbagai warna dan potongan untuk digayakan ketika membuat persembahan.

“Tidak ada tempat tertentu untuk saya beli. Mana yang saya berkenan dan nampak cantik serta sesuai, saya akan beli. Setakat ini, saya sudah ada 50 koleksi rambut palsu,”ujarnya.

Dikenali sebagai seorang yang lincah dan periang, Ezlynn menjadikan bintang antarabangsa, Nikki Minaj sebagai rujukan utama apabila bergaya.

“Idea menggayakan rambut palsu tercetus ketika saya menjayakan sesi fotografi untuk sebuah majalah. Ketika itu, saya dikehendaki meniru gaya Nikki Minaj dan dipakaikan rambut palsu biru. Melihat hasilnya yang menjadi, saya terus menjadikan imej penyanyi rap terkenal itu sebagai rujukan,” katanya.

Wah, pandai betul Ezlynn mencari kelainan untuk single terbarunya yang berkonsepkan Fun Ska itu.

Anda dah dengar lagu terbaru Ezlynn? Apa komen anda?

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement