Semasa & Hiburan
Elly Mazlein Beri Gambaran Bakal Berkahwin Lagi!
Memberi gambaran bakal menamatkan zaman janda, penyanyi Elly Mazlein menyifatkan teman lelakinya kini sebagai calon suami yang terbaik.
Memberi gambaran bakal berkahwin sekali lagi, Elly Mazlein menyifatkan teman lelakinya kini sebagai calon suami yang terbaik.

Setiap kali tibanya waktu solat Subuh, dia pasti akan menghubungi saya mengingatkan supaya mengerjakan solat. Hal ini menyebabkan saya tidak sabar untuk solat berjemaah bersamanya. Maklumlah, sebelum ini saya tidak pernah merasai pengalaman solat berjemaah bersama suami.
Teman lelaki saya datang daripada keluarga yang besar. Dia merupakan anak kelapan daripada 13 adik beradik.
Elly turut berasa teruja untuk mengenali keluarganya dengan lebih dekat.
Dalam pada itu, Elly turut menyatakan hasrat untuk mengikat tali pertunangan. Bagaimanapun, dia masih merahsiakan tarikh pernikahan bersama teman lelakinya itu.
Elly pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2016.