Semasa & Hiburan
Ella Rancang Misi Kemanusiaan Kedua?
Bantuan kali ini untuk rakyat Malaysia
Selepas menyertai misi kemanusiaan di Lubnan April lalu, penyanyi Ella Aminuddin merancang untuk terbabit dalam satu lagi misi kemanusiaan dan akan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan di tanah air.
Kata Ella kepada Harian Metro,
“Sekarang, pihak saya sedang dalam perbincangan untuk terbabit dalam satu lagi misi kemanusiaan dan kali ini, kami ingin menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan di Malaysia.”
Menurutnya, dia memilih untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia kerana masih ramai yang memerlukan bantuan kemanusiaan.
“Di Malaysia, ramai juga orang yang memerlukan. Selain orang tempatan, kita juga akan salurkan bantuan untuk orang Rohingya dan sebagainya.”