Connect with us

Berita

Dugaan Tanda Allah Sayang

Ujian datang adalah untuk meningkatkan martabat seorang insan di sisi Tuhan.

Published

on

Sepanjang minggu ini, penyampai Kool FM iaitu AG, Haiza dan Muaz bertuah kerana dapat berkongsi ilmu bersama imam besar Masjid Negara, ustaz Ehsan bin Mohd Hosni sempena Ramadan.

Menerusi segmen Kool Talk bertarikh 8 Mei, mereka membincangkan tentang Madrasah Ramadan: Islah al Siyam iaitu menambah nilai kebaikan dalam pelaksanaan puasa.

Ia terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:

1. Puasa orang  awam – menahan makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa

2. Puasa orang khawas -menjaga perkara yang boleh membatalkan puasa dan perkara yang membatalkan pahala puasa

3. Puasa khawasul khawas – menjaga perkara yang membatalkan puasa, perkara yang membatalkan pahala puasa dan menjaga hati.

Dengarkan perbualan penuh bersama ustaz Ehsan di bawah:

Antara perbincangan lain yang menarik ialah tentang hikmah dugaan di bulan Ramadan.

Kehidupan di dunia ini penuh dengan ujian termasuk kehilangan orang tersayang, kematian, musibah dan penyakit.

Namun, setiap ujian yang dihadapi dalam kehidupan mampu menjadikan seorang insan itu lebih kuat dan tabah.

“Bila mana Allah sayang kepada seseorang hambanya, dia akan menguji hamba tersebut. Samada kehilangan orang tersayang, kadang-kadang ditimpa musibah dan penyakit yang mana ia mengangkat darjatnya,” kata ustaz Ehsan.

Apabila melalui ujian dalam hidup kita tidak boleh rasa lemah dan putus asa, sebaliknya bersabar.

“Bersabarlah dengan ujian Allah. Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar”, tegasnya lagi.

Bagi mereka yang diuji dengan kesakitan, Islam memberi kelonggaran untuk mereka berbuka puasa. Namun adalah baik baginya jika seseorang itu tetap berpuasa.

Katanya, setiap manusia harus bersyukur kerana diberi kehidupan di dunia secara percuma oleh sang pencipta tanpa perlu membayar apa-apa.

Sebagai tanda syukur, kita perlu ikut perintah Allah SWT.

Begitulah yang dinasihatkan juga buat mereka yang tidak menjalankan rukun Islam ketiga dalam kehidupan.

“Setiap anak Adam semuanya buat salah. Sebaik-baik orang yang membuat salah adalah mereka yang bertaubat. Walau apa pun keadaan, kita mesti yakin bahawa Allah sayang kita”.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement