Connect with us
Kool FM

Berita

Dua maut kemalangan di Pekan

Published

on


PEKAN: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan jenis Toyota Fortuner dan Proton Wira bertembung dalam kemalangan di kilometer 67 Jalan Kuantan-Segamat di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, pemandu Toyota Fortuner, Muhammad Syauqi Azmi, 32, dan Ahmad Azhar Abdul Wahab, 58, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu Proton Wira, Ahmad Syahiran Mohamad, 26, luka lengan kanan dan belakang badan.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Razli Mohd. Yusof berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika Toyota Fortuner dalam perjalanan dari Johor Bahru menghala Kuantan manakala Proton Wira menghala ke Runchang.

Katanya, apabila tiba di tempat kejadian dipercayai pemandu Proton Wira gagal mengawal kenderaan lalu bertembung dengan Toyota Fortuner yang datang dari arah hadapan.

“Selepas perlanggaran, Toyota Fortuner berpusing beberapa kali dan terbabas ke kanan jalan laluan menghala ke Segamat,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Razli berkata, ketika kejadian keadaan jalan lurus satu lorong, dua hala dengan garisan tengah bertanda dan cuaca baik serta tidak hujan.

Menurutnya, siasatan berhubung kejadian diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN ONLINE

The post Dua maut kemalangan di Pekan appeared first on Utusan Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement