Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe Hiasi Akasia TV3

Jangan lupa follow drama ni okay!

Published

on

Selepas drama Bukan Gadis Biasa, slot Akasia TV3 kini dihiasi drama bersiri yang mengetengahkan loghat negeri Kelantan, Nasi Kerabu Untuk Che Abe.

Drama 13 episod arahan Heykah Hanifah itu dibintangi oleh Izzue Islam dan Elisya Sandha bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.

Selain itu, antara barisan pelakon lain yang terlibat termasuklah Issey Fazlisham, Scha Elinnea, Hariesa DFKL, Jasmin Hamid, Erynne Erynna, Syainie Shuhaimi, Neera Azizi, Radhi Khalid, Kuna Muzani, Kamarool Haji Yusoff dan Danny X-Factor.

Bagi mereka yang mengikuti drama ini sejak disiarkan pada 25 Mei lalu, sudah pasti tertarik dengan penggunaan dialog loghat Kelantan yang tentunya berbeza daripada drama-drama sebelum ini.

SINOPSIS NASI KERABU UNTUK CHE ABE

Shira mendapati dirinya jatuh cinta pada Faizul, orang Kelantan dan dia bernasib baik kerana Faizul merasakan hal yang sama untuknya.

Namun, Shira mula terancam oleh Sha yang memasak nasi kerabu sebaik ibu Faizul dan mereka sangat rapat.

Sha cuba memecahkan Faizul dan Shira kerana dia mempunyai perasaan terhadap Faizul.

Shira, Yana dan Zetty, 3 gadis yang dikenali sebagai ‘awesome girls’ adalah antara gadis-gadis cantik di kolej.

Di permulaan cerita mereka telah berselisih dengan pelajar master yang kacak bernama Faizul.

Ketiga tiga mereka terpegun tatapi semuanya hilang mood bila mula terdengar Faizul mula kecek kelate yang agak pekat. Faizul tidak pandai berdialek KL.

Rakan baiknya, Arman biarpun berbeza jurusan namun mereka sama-sama gila mencari duit dengan bisnes. Faizul lebih gemar menjual secara bersemuka berbanding dengan Arman yang menjual macam-macam secara atas talian.

Shira, Yana dan Zetty tinggal bersama di rumah sewa, mereka bersahabat karib dan mereka pernah berjanji dan saling mencabar ‘no boy no love’ sehingga tamat pengajian.

Mereka bertiga terkenangkan Faizul. Mereka memikirkan macam mana mereka nak mungkir janji yang dah dibuat.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement