Semasa & Hiburan
Dayang Nurfaizah ‘Throwback’ Foto Zaman Remaja, Peminat Minta Muat Naik Lagi Gambar Lain
Alahai comel sangat!! Nak lagi!!
Dayang Nurfaizah mengambil langkah berani baru-baru ini dengan memuatnaik beberapa keping foto menerusi laman Instagram miliknya.
Penyanyi yang popular menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta Ini telah berkongsi gambar ketika dia masih muda remaja saat membuat persembahan.
“Ok, satu lagi #1995, 14 tahun, sebelum #goldenteensearch nak lagi?”
Sementara itu, penyanyi yang berasal dari Sarawak ini juga turut berkongsi foto ketika dia menjadi juara untuk program Golden Teen Search pada tahun 1997.
Perkongsian berkenaan sekaligus berjaya menarik perhatian netizen selain mereka meminta Dayang untuk memuat naik lagi gambar lain.