Connect with us
Kool FM

Berita

Dah Dapat Kunci Rumah Baru? Jangan Terus Renovate, Tapi Lakukan Perkara Ini

Rumahku, syurgaku..

Published

on

Apa yang perlu kita buat selepas dapat kunci rumah? Terus cuci rumah lepastu teruja nak hias rumah macam showroom? A big NO.

Sebelum nak cuci, hias dan sebagainya tu ada banyak perkara wajib yang perlu kita lakukan.

Kenal pasti kerosakan rumah dan minta developer membaikinya

Perkara pertama selepas dapat kunci ialah periksa dahulu setiap kecacatan atau kerosakan yang ada di rumah seperti cat tertanggal, dinding retak, plaster tertanggal, bocor, tiles lompong dan banyak lagi.

Semua ini adalah antara hak kita sebagai pembeli. Jadi, apabila diberikan peluang masa itu gunalah sebaiknya. Periksa sehabis baik keadaan di dalam rumah sebelum membuat renovation sebab pihak pemaju tak akan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan rumah jika kita dah renovate terlebih dahulu. Ingat! Periksa dahulu.

Di bawah ini adalah antara perkara-perkara yang penting untuk diperiksa:-

Image

Image

Image

Image

Kenapa benda ni penting?

Selalunya pihak pemaju akan bagi kita tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk kita buat pemeriksaan pada rumah dan beri peluang pada kita untuk membuat aduan mengenai apa sahaja kerosakan atau kekurangan yang ada baik di dalam mahupun di luar rumah.

Rumah anda masih dalam Defect Liability Period (DLP). Developer akan baiki semua defects secara PERCUMA! Dapatkan ketenangan semasa anda berpindah ke rumah baru anda. Ia juga dapat bantu mengurangkan kos yang tidak dijangka pada masa akan datang

Tapi anda tahu tak??

Sebilangan besar pemilik rumah hanya dapat mengesan 10% -30% kerosakan rumah mereka. Sebilangan besar kerosakan rumah tersembunyi dan disembunyikan dengan bijak oleh kontraktor.

Haaa, bila dah periksa dan perbetulkan kesemua kerosakan atau kecacatan pada rumah ini barulah kita boleh buat renovation rumah dengan senang hati. Kan?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement