Connect with us
Kool FM

Berita

Covid-19 : Pakar Perubatan Nasihat Tangguh Dahulu Percutian

Semoga kita semua dihindari daripada virus berbahaya ini. 

Published

on

Musim cuti persekolahan penggal pertama bakal bermula pada 13 Mac ini.

Bagi ibu bapa yang ingin membawa anak-anak bercuti ke luar negara, semestinya tiket penerbangan sudah dibayar, hotel telah ditempah, dan segala persiapan lain sudah dibuat.

Ketika dunia dilanda wabak Covid-19, kebanyakkan negara telah menyekat dan tidak menerima kunjungan pelancong luar untuk masuk ke negara mereka.

Tiada cara lain, masyarakat umum terpaksa melupakan percutian mereka ke luar negara dengan membatalkan tiket penerbangan atau mungkin menangguhkan ia buat sementara waktu demi keselamatan diri.

Dalam segmen Kool Talk pada 11 Mac, tiga penyampai Kool FM iaitu Ag, Haiza dan Muaz telah mendapatkan beberapa nasihat serta pendapat daripada Dr Sakinah Sulong, Pakar Perubatan Keluarga, Pejabat Kesihatan  Daerah Johor berkaitan bercuti ke luar negara di saat dunia dilanda virus berbahaya.

Menurut beliau ketika dihubungi, jika seseorang individu itu mengalami gejala seperti demam, batuk dan selsema adalah disarankan untuk berada di rumah sahaja agar orang lain tidak dijangkiti penyakit sama.

Tambah Dr Sakinah, penyakit Covid-19 juga belum menemui vaksin yang sesuai.

Jika individu tersebut masih bertegas mahu bercuti juga, beliau menasihatkan agar mengelak daripada mengunjungi negara-negara yang berisiko tinggi seperti China, Taiwan, Hong Kong, Iran, Itali, Korea dan Jepun.

“Kuman paling mudah berjangkit bila seseorang itu batuk atau bersin. Paling penting kena ingat, bila nampak orang yang tidak sihat, jarakkan jangan kurang satu meter daripada orang yang bergejala seperti batuk dan bersin,” tegasnya.

Percutian yang tertangguh boleh dirancang semula, tetapi nyawa insan tersayang tiada galang ganti.

Semoga kita semua dihindari daripada virus berbahaya ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement