Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

COVID-19: Nourul Depp Beri Motivasi Buat “Frontliners”

Betul kata Nourul ni..

Published

on

Pejuang barisan hadapan, terutamanya doktor, jururawat, polis, askar, sukarelawan dan petugas pembersihan ternyata mendapat perhatian golongan selebriti.

Ramai tidak mahu ketinggalan merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada wira dan wirawati negara yang bertungkus lumus bekerja selama berbelas jam sehari demi memastikan nyawa mangsa wabak COVID-19 terselamat.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian penyanyi Nourul Depp yang berkongsi sebuah video bagi memberi motivasi untuk pejuang barisan hadapan dalam memastikan diri mereka turut terhindar daripada wabak tersebut.

View this post on Instagram

Semoga dapat dimanfaatkan . Kami memang suka bercakap. Tapi bukan untuk saja bercakap. Niat kami dari mula adalah untuk memberi motivasi dan empowerment terutamanya kepada wanita . Semoga kita dilindungi. Aminnn♥️ . Juga untuk adik @syazwana.__ mintak kawan adik tu dengaq sampai habih juga na. Terima ksih adik. 🙏🏻

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on

Nourul yang kerap pergi ke pejabat pos sebelum ini menyatakan dia ketika ini sudah melakukan pekerjaan berkenaan menerusi online sahaja dan penghantar surat atau bungkusan akan ke rumahnya untuk mengambil (pick up) barang itu.

Bimbang dengan keadaan semasa ketika ini Nourul menyarankan agar pekerjaan seperti ini termasuk cashier dan penghantar makanan agar memakai mask dan sarung tangan untuk membebaskan diri daripada jangkitan berkenaan.

Semoga saranan dan motivasi yang diberikan oleh Nourul ini dapat digunakan agar rakyat Malaysia di luar sana terlindung daripada wabak berbahaya dan seluruh negara segera pulih seperti sedia kala.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement