Connect with us
Kool FM

Berita

COVID-19: Jangan Bahayakan Orang Lain, Sila Buat Pemeriksaan!

Jangan menuding jari, ini tanggungjawab kita semua..

Published

on

Tugas menangani wabak COVID-19 bukanlah semudah yang disangka, lebih-lebih lagi dengan penularan maklumat palsu yang boleh menimbulkan situasi panik dalam kalangan rakyat.

Sejak bermula penularan wabak tersebut di Malaysia, banyak maklumat dikongsi menerusi sosial media tanpa memeriksa terlebih dahulu informasi yang diperoleh sehingga akhirnya orang ramai mudah mempercayainya.

Terbaharu, tular mesej di sosial media bahawa negara ini akan dikenakan perintah sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown) pada 16 Mac 2020 berikutan penularan wabak berkenaan.

Bagaimanapun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan ia adalah mesej palsu selain AG, Muaz dan Haiza melalui Kool Talk turut telah mengingatkan bahawa orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini dan sah daripada laman Facebook dan Twitter KKM dan portal https://sebenarnya.my/ atau merujuk laporan media.

KKM turut memaklumkan sekiranya terdapat pertanyaan atau keraguan mengenai kejadian COVID-19, rakyat Malaysia boleh melayari http://www.moh.gov.my untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan keluarga untuk tindakan seterusnya.

Image result for sebenarnya.my

Sementara itu, KKM sebelum ini pernah mendedahkan bahawa kira-kira 10,000 orang telah menghadiri perhimpunan tabligh di masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur antara 27 Feb dan 1 Mac, di mana ia turut disertai seorang lelaki warga Brunei yang positif dengan COVID-19.

Sehubungan itu, KKM ketika ini masih menyeru semua mereka yang hadir pada majlis itu untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan supaya tampil kehadapan untuk menjalani ujian saringan bagi membendung penularan wabak terbabit.

Sila hubungi CPRC hotline atau Pejabat Kesihatan Daerah di 03 8881 0200 atau 03 8881 0600 at 03 8881 0700.

Dengar info-info lain mengenai wabak ini menerusi Catch Up Kool di bawah:

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement