Home > Dramatik Kool > Cinta Gila

Sinopsis

Dr. Raymond, seorang pakar terapi psikologi telah mempertemukan dua orang pelanggannya iaitu Farel dan Maya di dalam satu sesi yang sama. Farel (Remy), jejaka berusia 20-an, kacak, lulusan universiti dan bekerjaya, malangnya mengalami masalah dalam perhubungan. Walaupun perwatakannya kelihatan seperti lelaki perfect dambaan  wanita, namun Farel acapkali diputuskan oleh teman wanitanya, alasan mereka Farel seorang lelaki yang membosankan dan takde perasaan.

Manakala Maya (Amani), berumur 20-an, turut mengalami masalah dalam perhubungan. Maya seorang yang paranoid dan mempunyai kerisauan yang melampau-lampau terhadap semua benda, akibatnya hubungan percintaan Maya juga tidak bertahan lama. Walaupun beberapa kali menghadiri sesi terapi bersama-sama, namun di luar bilik terapi, Maya dan Farel tak pernah bertegur sapa. Sehinggalah pada suatu hari Dr. Raymond meninggal dunia akibat serangan jantung. Farel dan Maya kehilangan tempat untuk mencurahkan masalah. Pada suatu hari, Maya dan Farel bertemu dan mereka bersetuju untuk meneruskan sesi terapi bersama-sama, walaupun Dr. Raymond sudah tiada. Bermula dari detik itu, Farel dan dan Maya mula saling mengenali. Perwatakan mereka yang berbeza menimbulkan pelbagai konflik dan insiden. Namun Farel dan Maya tetap membantu antara satu sama lain, sehinggalah Farel berjaya meluahkan emosinya dan Maya pula mampu mengawal kerisauannya yang melampau.

Setelah masing-masing merasakan mereka tidak lagi perlukan sesi terapi, Farel dan Maya berpisah dan membawa haluan sendiri. Farel sudah mempunyai teman wanita, begitu juga dengan Maya. Namun Farel dan Maya tetap tidak dapat menyesuaikan diri dengan pasangan mereka kerana, tanpa disedari, mereka sebenarnya telah jauh cinta. Akhirnya Farel nekad memutuskan teman wanitanya dan mencari Maya, pada masa yang sama sebenarnya Maya juga telah memutuskan hubungan dengan kekasihnya. Farel dan Maya sedar tiada sesiapa yang dapat menerima cara mereka, kerana cinta mereka ‘cinta gila’.

 

 

 

 

 

 

Watak & Perwatakan

 

Farel (Remy Ishak)

Berusia 20-an. Seorang lelaki kacak, pendiam dan tidak pernah menunjukkan emosi pada orang lain. Sering disalahanggap dan dikatakan tidak ada perasaan. Lulusan universiti dan bekerjaya, namun tidak berjaya dalam perhubungan. Menghadiri sesi terapi bagi mengatasi masalah emosi yang dialaminya.

 

Maya (Sharifah Amani)

Berusia 20-an. Cantik, bekerjaya, berpendidikan tinggi, namun gagal dalam perhubungan kerana mengalami masalah kerisauan yang melampau dalam segala benda. Menghadiri sesi terapi kerana ingin mengatasi masalah emosi. Seorang yang menggelabah dan selalu diserang panik.

 

Dr. Raymond (Andy Hakim)

Seorang pakar psikatri/kaunselor yang telah mempertemukan Farel dan Maya.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply