Connect with us

Berita

Che Ta Sokong Kedah, Indah Ruhaila Yakin JDT Juara

Pasukan manakah yang bakal bergelar juara Piala Malaysia tahun ini?

Published

on

Peminat bola sepak tanah air dijangka bakal menyaksikan satu perlawanan epik apabila Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) turun berentap pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Sudah pasti ramai penyokong termasuk kalangan artis tanah air membuat ramalan sendiri kemenangan pasukan pilihan masing-masing.

Bagi pelakon jelita kelahiran Kedah, Rozita Che Wan atau mesra dengan panggila Che Ta memilih Helang Merah sebagai juara pada tahun ini dengan keputusan 1-0.

“Walaupun yakin Kedah akan mencatat kemenangan, namun saya tetap gementar. Harapan saya, pasukan Kedah dapat memusnahkan impian JDT untuk memenangi kejuaraan kali ini. Hidup Kedah!,” katanya.

Berbeza pula dengan penyanyi, Indah Ruhaila, yang memilih JDT bakal muncul sebagai pemenang pada final berkenaan dengan ramalan 2-1.

“Saya yakin JDT mampu mencipta kemenangan bergaya kerana sebelum ini mereka pernah membenam Selangor 3-0 pada aksi separuh akhir kedua.

“Jadi, tidak mustahil JDT mampu membenam harapan Kedah untuk menjulang kejuaraan,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement