Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Cara Kurangkan Berat Badan Ketika Tidur

Boleh sambung tidur…

Published

on

Bagi anda yang gemar untuk tidur, mungkin ini lah masanya anda menggunakan hobi tersebut untuk mengurangkan berat badan. Secara logiknya untuk menurunkan berat badan apa yang kita perlu lakukan adalah melakukan senaman fizikal secara berkala. Manakala amalan gemar tidur terutamanya pada waktu siang sering dikatakan antara punca kenaikan berat badan. Tetapi sebenarnya dengan tidur juga kita boleh mengurangkan berat badan kita, dengan syarat perlulah kena pada caranya.

Sebenarnya badan kita sibuk melakukan kerja seperti baik pulih sel-sel dan tisu, memulihkan dan menambah fungsi sistem imun badan, dan juga memulihkan sel-sel saraf dan rangkaian otak semasa kita sedang tidur. Bila badan kita bekerja, ia memerlukan tenaga dan tenaga yang digunakan itulah yang membakar kalori. 

Bagi seseorang yang mempunyai berat purata 68 kg, jika dia tidur selama 7 jam, dianggarkan sebanyak 440 kalori dapat dibakar. Jumlah kalori tersebut bersamaan dengan jumlah kalori yang dibakar sekiranya anda berlari atas tredmill selama 40 minit. Sebab itu lah Guru Fitness Malaysia kita, Kevin Zahri selalu tekankan untuk kita dapatkan tidur yang mencukupi.

Kadar Metabolisme Pengaruhi Pembakaran Kalori

Selain itu, kadar metabolisme juga mempengaruhi jumlah pembakaran kalori semasa anda tidur. Semakin tinggi kadar metabolisme anda, semakin banyaklah kalori dalam badan akan dibakar ketika tidur. Cara untuk meningkatkan kadar metabolisme pula adalah dengan pengambilan makanan yang kaya dengan protein seperti ikan, daging dan telur. Makanan yang kaya dengan sumber serat seperti kekacang, oat dan buah-buahan juga sesuai diambil. Selain pemakanan, tidur yang cukup juga mampu mengekalkan kadar metabolisme badan ke tahap optimum.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa air yang kita minum akan meningkatkan kadar metabolisme sebanyak 10 ke 30 peratus, terutamanya air sejuk. Minum air yang cukup sememangnya sangat penting untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik.  Minum 6 ke 8 gelas air sehari untuk mendapatkan kesan pembakaran kalori yang optimum semasa tidur.

Hentikan Tabiat Makan Lewat Malam

Jika anda mempunyai tabiat makan pada waktu lewat malam, ini lah masanya untuk anda hentikan tabiat itu. Tabiat tersebut bukan sekadar mengurangkan kadar metabolisme, malah ia mampu menjadi punca kepada pelbagai penyakit seperti sakit jantung. Jika anda berasa lapar pada waktu malam, disarankan untuk mengambil  makanan snack seperti sayuran, kekacang dan juga bijirin.

Jika anda fikir mengurangkan kadar pengambilan makanan dengan hanya makan biskut dapat turunkan berat badan, ternyata anda salah. Apa yang anda perlu lakukan adalah menukar menu makanan kita dengan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan serat. Pengambilan makanan yang sedikit akan mengurangkan tenaga badan kita untuk bekerja. Jika tiada tenaga untuk bekerja, maka pembakaran kalori juga turun berkurangan.

Kunci utama untuk menghasilkan pembakaran kalori yang tinggi semasa tidur adalah dengan meningkatkan kadar metabolisme badan. Bersenam juga membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme badan. Jika anda tidak boleh bersenam di luar atau di gym, senaman di rumah pun sudah memadai. Selesai senaman, rehat dan tidur untuk sambung pembakaran kalori.

 

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement