Connect with us
Kool FM

Berita

Caj 20 sen belum dibincangkan -KKMM

Published

on


PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini menjelaskan belum ada sebarang perbincangan untuk mengenakan caj 20 sen bagi pembelian online di bawah RM1,000 di platform e-dagang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, KKMM membuat penjelasan berkenaan dengan merujuk kepada kenyataan yang dibuat Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin di Bachok, Kelantan, semalam.

“KKMM ingin menjelaskan bahawa belum ada perbincangan untuk mengenakan bayaran perkhidmatan kepada pengguna dalam platform e-dagang (pembelian dalam talian) sebanyak 20 sen bagi pembelian di bawah RM1,000 serta tambahan 20 sen bagi gandaan RM1,000 berikutnya,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan, KKMM sedang mempertimbangkan untuk mengenakan caj perkhidmatan 20 sen bagi pembelian barangan RM1,000 dan ke bawah melalui platform dalam talian.

Zahidi dipetik berkata, caj perkhidmatan itu antara salah satu kaedah mendapatkan sumber kewangan untuk menambah baik sistem keselamatan komunikasi dan pencerobohan siber. – K! ONLINE

The post Caj 20 sen belum dibincangkan -KKMM appeared first on Kosmo Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement