Connect with us

Berita

Cacar Monyet… Henti Sebar Maklumat Palsu!

Tiada kes cacar monyet dikesan atau dilaporkan berlaku di Malaysia.

Published

on

Kementerian Kesihatan menegaskan tiada kes cacar monyet dikesan atau dilaporkan berlaku di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai diminta tidak menyebarkan maklumat atau berita palsu, yang boleh menimbulkan keresahan masyarakat.

“Kementerian ingin merujuk kepada berita yang tersebar luas melalui media sosial, mengenai kejadian cacar monyet didakwa berlaku di Johor dan Kuala Lumpur, namun tiada kes itu dikesan atau dilaporkan di Malaysia.”

Melalui laporan WHO, kes cacar monyet terkini yang dilaporkan adalah di Singapura pada 9 Mei lalu, membabitkan seorang warga Nigeria yang tiba ke Singapura pada 28 April bagi menghadiri bengkel.

Ia adalah kes pertama dilaporkan di Asia.

“Langkah pencegahan dan kawalan ketat sudah dan sedang dijalankan Kementerian Kesihatan Singapura, bagi mengurangkan risiko penularan penyakit, termasuk kuarantin ke atas 23 orang yang mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes bagi pemantauan status kesihatan mereka.”

“Kementerian juga menasihatkan pelancong yang ingin pergi ke kawasan yang melaporkan kejadian cacar monyet di Afrika Tengah dan Barat, untuk mengambil langkah berjaga-jaga.”

Virus itu boleh disebarkan melalui titisan pernafasan selain kontak langsung dengan cecair badan orang yang dijangkiti atau dengan objek yang tercemar virus, seperti tempat tidur dan pakaian.

Pesakit akan mengalami gejala selama 2 hingga 4 minggu dengan tanda dan gejala jangkitan seperti demam, keletihan, sakit kepala serta ruam makulopapular yang bermula di muka sebelum melarat ke tapak tangan dan kaki, diikuti oleh bahagian tubuh yang lain.

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement