Connect with us
alt_img>

Hiburan

“Bukan ‘hadap’ sangat untuk publisiti sebegini!” Fizz Fairuz Buat Laporan Polis

Fizz mendakwa sudah mengenal pasti 70 peratus daripada identiti pemilik akaun Instagram yang mengaitkan dirinya dengan isu khalwat

Published

on

Selepas berakhirnya tempoh 24 jam yang diberi kepada individu di sebalik akaun laman sosial Makcik Puaka yang didakwa memfitnahnya berkhalwat untuk bersemuka tetapi tidak diendah, Datuk Fizz Fairuz membuat laporan di IPD Sentul.

Sumber: Berita Harian

Atas nasihat peguam, Fizz membuat laporan polis dan mengemukakan bukti kukuh untuk diambil tindakan.
“Saya sudah beri tempoh hingga tengah malam tadi kepada individu terbabit untuk tampil bersemuka.
“Saya beri masa hingga tengah hari tadi, namun, tiada maklum balas. Peguam menyarankan saya untuk membuat laporan polis sebagai tindakan lanjut.
“Saya menyerahkan bukti kukuh kepada pihak polis untuk memudahkan siasatan… Kita hanya perlu tunggu dan lihat,”
Fizz mendakwa sudah mengenal pasti 70 peratus daripada identiti pemilik akaun Instagram yang mengaitkan dirinya dengan individu bergelar Datuk Seri yang ditangkap berkhalwat di Pulau Perhentian, Terengganu, baru-baru ini.

Enggan menerima permohonan maaf yang dibuat individu terbabit secara terbuka di media sosial, Fizz dilaporkan mahu bersemuka atau membuat laporan polis jika pemilik akaun IG terbabit gagal berbuat demikian.

Fizz mendakwa individu terbabit adalah dalam kalangan penggiat industri seni.
Fizz berharap supaya apa yang berlaku akan membuka mata banyak pihak dan tidak memandang remeh kerjaya artis.
“Kami, golongan artis bukan ‘hadap’ sangat untuk dapatkan publisiti daripada gosip berunsur fitnah sebegini. Misi kami adalah untuk mencari rezeki.”

Sumber : Berita Harian | Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement