Semasa & Hiburan
Buat FaceApp Challenge, Netizen Titip Doa Buat Elyana
Semoga cepat sembuh dan tercapai hajat Elyana!
Aplikasi yang mengubah wajah menjadi tua atau #AgeChallenge kini sedang hangat digunakan lebih-lebih lagi selebriti tanah air.
Begitu juga dengan penyanyi yang popular menerusi lagu Kalis Rindu Elyana yang turut menyahut cabaran untuk menggunakan aplikasi tersebut.
Berkongsi foto terbabit di laman Instagram miliknya, kapysen yang dimuat naik penyanyi itu menarik perhatian netizen.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan do11 agar hajatnya untuk dipanjangkan umur tercapai.
- @asnirda_79 Amin3x…Insha Allah…Semoga Allah swt panjangkan umur El & murah rezeki selalu hendakNya
- @megazurestoran Aamin ya rabbal alamin. Semoga diberikan kesihatan berpanjangan dan umur yg panjang ☺️
- @farishasumadi_fs tua2 pun cantik! aminn bonda.. semoga doa nya di makbulkan dan bonda dpt bermain dgn cucu nnti
Elyana merupakan seorang pesakit kanser limfoma tahap empt dan sudah lapan tahun mengharungi hidup dengan kanser dalam tubuh badannya.