Connect with us

Berita

Body Shaming Kini Jenayah, Boleh Didenda/Dipenjara

Awas ya!

Published

on

Kebelakangan ini, banyak kes body shaming atau dalam bahasa melayunya ialah tindakan memalukan seseorang dengan mengejek atau memberi komen terhadap bentuk dan saiz badan seseorang individu kerap berlaku.

Ia bukan sahaja sering dilakukan melalui percakapan, malah mereka turut boleh melakukan perkara berkenaan hanya di hujung jari menerusi platform media sosial.

Bagaimanapun, kerajaan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil pendekatan selain mengambil langkah untuk memerangi fenomena ini.

Ia kini telahpun diwartakan sebagai salah satu kesalahan jenayah jika perlakuan mengejek, menghina, memalukan dan mengkritik orang lain berkenaan tubuh badannya terjadi kepada seseorang.

#JomBeringat‘BODY SHAMING’ ADALAH JENAYAH'Body shaming' atau perbuatan mengejek fizikal seseorang di mana-mana…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Wednesday, October 16, 2019

Menerusi satu posting dari Facebook rasmi PDRM, kesalahan itu kini termaktub di bawah akta Sekyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Jika anda didapati bersalah, anda boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya anda adalah salah seorang mangsa yang turut dikategorikan sebagai buli ini, anda boleh membuat laporan polis atau kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Oleh itu, sentiasalah berwaspada dengan setiap tingkah laku, berfikir sebelum bertindak dan jangan menjadikan saiz badan sebagai satu kebiasaan bahan lawak.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement