Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Black Akhirnya Jalani Pembedahan

Penyanyi, Black Hanifah sebelum ini dilaporkan patah tangan kiri akibat kemalangan ketika menunggang motosikal baru-baru ini.

Published

on

Penyanyi, Black Hanifah sebelum ini dilaporkan patah tangan kiri akibat kemalangan ketika menunggang motosikal baru-baru ini.

Ekoran itu, dia terpaksa menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, malam tadi selepas mengadu tangan kirinya sakit, petang Isnin.

Menurut isterinya, Naquia Yasirah Mohamad Khairi berkata, doktor akan membetulkan dua bahagian tangan Black termasuk pergelangan yang patah dalam insiden itu.

“Sejak kemalangan itu, kami sudah menggunakan pelbagai ikhtiar termasuk urutan tradisional. Namun, semuanya tidak membuahkan hasil… Jadi, lebih baik ikut nasihat doktor,” katanya.

Black juga tidak dibenarkan makan atau minum selama enam jam sebelum pembedahan.

“Black berpuasa enam jam sebelum dibawa masuk ke bilik bedah kira-kira jam 9 malam tadi (Isnin), ” ujarnya lagi.

Didoakan semoga Black cepat sembuh dan sihat seperti sediakala.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement