Connect with us
Kool FM

Semasa

“Bila Buka Perut Bau Macam Bangkai!” – Usus 10 Meter Rosak Akibat Merokok

Baru disentuh sikit dan belum sempat untuk tekan terus menggelupur.

Published

on

Semua sudah sedia maklum tabiat merokok akan beri kesan buruk pada kesihatan. Malah, bukan saja perokok tapi juga kepada perokok pasif di mana individu yang tersedut sisa asap rokok dari perokok.

Ini kerana kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam sisa asap rokok adalah lebih banyak berbanding dengan kepekatan asap yang disedut oleh perokok secara aktif.

Adakah bahaya jika bayi saya berada di tempat berasap? - BabyCenter

Apa yang lebih menarik perhatian kami untuk membuka topik ini apabila salah seorang pekerja dari Jabatan Kementerian Kesihatan Malaysia menceritakan tentang pesakitnya hilang usus sepanjang 10 meter akibat merokok.

Menurutnya, lelaki ini datang dengan keadaan perut sakit. Baru disentuh sikit dan belum sempat untuk tekan terus menggelupur. Jadi, pihak perubatan membuat pemeriksaan dalaman.

“Pada awalnya, kami sangkakan appendix lelaki tersebut pecah tapi bila buka perut, astaghfirullahalazim bau dia macam bangkai. Air najis sampai mengalir ke katil,”

Rupanya usus sepanjang 10 meter dah rosak. Warna usus bertukar hitam dan 2/3 dari usus terpaksa dibuang. Jadi kami terpaksa potong usus dia sehingga bahagian dubur cuma jahit untuk menutup lubang kerana semua sudah tidak boleh dipakai,” ceritanya menerusi posting di facebook.

Cerita Kauthar lagi, mereka terpaksa buat stoma beg (lubang bahagian perut untuk keluar najis) dan akan kekal sepanjang hidup pesakit tersebut.

Image may contain: food
Apabila melihat latar belakang pesakit, rupanya pesakit adalah perokok tegar dan boleh dikatakan mengambil sekotak rokok dalam sehari.

“Jadi kami rasa masalah ini berpunca dari thrombosis di mana individu yang kuat merokok, darah mereka akan jadi pekat dan darah yang pekat boleh menyebabkan salur darah tersumbat. Kemudian, kawasan yang tersumbat akan rosak sehingga menyebabkan daging menjadi busuk.

Bagaimanapun, gambar usus yang dikongsikan di bahagian atas adalah usus besar pesakit tersebut dan terdapat satu lagi usus panjang sedepa yang sudah selamat masuk ke dalam baldi.

Kesimpulannya, elakkan merokok dan amalkan gaya hidup sihat lebih-lebih lagi sewaktu musim pandemik.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Warga Emas Ini Baiki Lubang Jalan Raya Sendiri Lepas Jatuh Basikal

“Husband Tak Cakap Pun Harga RM45k++” – Kantoi Basikal Sama Harga Dengan KJ

 

 

 

 

Sumber: KautharHassan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement