Connect with us
alt_img>

Berita

Bidan Sesat Dalam Lumpur Gara-Gara Guna Aplikasi Navigasi

Seorang wanita dipercayai bidan terperangkap dalam lumpur selepas mengunakan aplikasi navigasi, di sebuah ladang kelapa sawit dekat Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, semalam.

Published

on

Seorang wanita dipercayai bidan terperangkap dalam lumpur selepas mengunakan aplikasi navigasi, di sebuah ladang kelapa sawit dekat Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norizham Mohd Nudin berkata, wanita 30-an itu dalam perjalanan ke rumah pelanggannya di kawasan berdekatan.
“Mangsa tinggal di Ulu Yam dan menggunakan aplikasi navigasi untuk ke rumah pelanggannya sebelum tersesat di dalam kawasan ladang kelapa sawit itu.
“Selepas memasuki satu laluan berlumpur, keretanya pula tersangkut dan beliau bertindak menghubungi pihak bomba,” ujarnya ketika dihubungi.
Menurutnya lagi, pihak mereka menerima panggilan pada 8.36 pagi dan sepasukan enam anggota bergegas ke lokasi kejadian dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Panglima Garang.
“Mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa keluar dari ladang kelapa sawit berkenaan,” katanya.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement