Connect with us

Hiburan

Betul Ke New Boyz Bakal Kembali?

Itulah bait-bait lirik salah satu lagu yang pernah mengangkat nama kumpulan lelaki yang popular suatu ketika dahulu, iaitu New Boyz.

Published

on

Sejarah mungkin berulang
Walau engkauku maafkan
Oh kekasih
Tapi mungkin hanya sementara
Keinsafan di hatimu

Itulah bait-bait lirik salah satu lagu yang pernah mengangkat nama kumpulan lelaki yang popular suatu ketika dahulu, iaitu New Boyz.

Image result for new boyz TOMOK

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Baru-baru ini, vokalis kumpulan tersebut Tomok mendedahkan kumpulan itu merancang untuk mengadakan konsert sempena ulang tahun ke-20 berada dalam industri seni.

Tomok menerusi Instagram turut meluahkan hasrat ingin berkolaborasi dengan syarikat mengendalikan acara bagi menganjurkan konsert itu.

Bapa kepada dua cahaya mata itu turut meminta pendapat pengikutnya sama ada New Boyz perlu mengeluarkan lagu baru.

Saya baca semua komen anda. Saya pun rindu nak membuat persembahan dengan mereka.

Sebelum ini, anggota lain New Boyz tidak aktif dalam bidang muzik selepas membawa haluan masing-masing dengan memilih kerjaya lain.

New Boyz ditubuhkan pada 1999, pernah menghasilkan lapan album.

Antara lagu popular mereka seperti Sejarah Mungkin Berulang, Cuba-Cuba, Meraung, Qiam dan Marah Bukan Sifatku.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement