Home > #CeriteraKool > Betty Rahmad Terima Hantaran Al-Quran Yang Dikhatam Oleh Suami

Betty Rahmad Terima Hantaran Al-Quran Yang Dikhatam Oleh Suami

Nampaknya masih belum terlambat untuk Kool FM nak ucapkan tahniah buat pengantin baru kepada pelakon Betty Rahmad yang selamat dinikahkan bersama suaminya dan Ardy.

Pasangan ini  diijabkabulkan oleh Imam Masjid Al-Makmuriah, Ustaz Muhammad Nazmi Abdul Samat dengan sekali lafaz di Glamhall, Damansara Perdana tepat jam 8.47 malam pada 4 Februari lalu.

Dalam majlis itu, adik bongsu kepada Erma Fatima dan Umie Aida ini menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan hantarannya pula adalah senaskhah al-Quran yang telah dikhatam oleh suami. Alhamdulillah!

Image result for betty rahmad

Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada Oktober 2017 selepas empat tahun bercinta.

Kami mula berkenalan selepas dipertemukan oleh Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri.

Sejak itu, kami mula menjadi rapat sehingga akhirnya menjalinkan hubungan cinta.

Jelas Betty lagi, personaliti dan kebolehan yang dimiliki Ardy turut membuatnya tertarik dengan jejaka berkenaan.

Suami saya turut menjadi penyokong kuat dalam apa saja perkara yang saya lakukan termasuklah dalam bidang perniagaan.

Sementara itu, pasangan ini juga akan mengadakan resepsi di sebelah lelaki di Bandar Baharu Kedah pada 10 Februari depan.

Selepas tamat resepsi, barulah kami akan terfikir soal honeymoon.

Dalam perkembangan lain, Betty akan kembali sibuk ke lokasi penggambaran drama bersiri Mak Cun 3 pada Mac atau April depan.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply