Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Betty Rahmad Kongsi Pengalaman Kedua Travel Dengan Wira

Such a good boy!

Published

on

Sebenarnya ada cara tertentu kalau nak bawa anak kecil travel naik kapal terbang ni.

Dalam artikel kali ini kami nak kongsikan pengalaman dan cara pelakon, Betty Rahmad yang kali kedua membawa anaknya, Ardy Wira bercuti menaiki kapal terbang.

Perkara itu diceritakan di laman Instagram miliknya pada Isnin lalu ketika bercuti di Pulau Langkawi, Kedah.

“Today 2nd time bawa anak naik flight. First time dulu masa umur 4 bulan kecik lagi so banyak tidur je. So this trip daddy nervous sikit takut Wira cranky. Alhamdulillah diam tak menangis or cranky pun. Tips nak naik flight dengan baby kena bawa benda penting yang bole distract baby kita contohnya toys or anything fav anak. Macam Wira i standby dia punya fav books, crackers & his security blanket. So bila dah take off, layan baca buku pastu bagi susu & security blanket. Gone tidur. Alhamdulillah good boy boleh lah pergi Disneyland lepas ni 🀣 ,” tulisnya.

Betty yang juga adik kepada sutradara terkenal, Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida itu menarik nafas lega apabila Wira berkelakuan baik sepanjang perjalanan tersebut.

Untuk rekod, Betty dan suami, Ardy Damis telah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 dan kini memiliki seorang cahaya mata lelaki bernama Ardy Wira berusia 11 bulan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement